fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir di tujuh negeri termasuk KL, Putrajaya pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat serta amaran ribut petir dijangka berterusan di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 9 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, ancaman itu melibatkan seluruh kawasan di Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi negeri Kedah melibatkan kawasan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub serta Bentong.

“Di Negeri Sembilan kawasan yang terlibat ialah, Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN