fbpx
Kediaman ini dikelilingi Lautan Hindi daripada pantai Kimberley yang terpencil. Realestate.com.au

Rumah paling terpencil dengan pemandangan ‘hujung dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA – Sebuah rumah di Australia dikatakan merupakan salah satu rumah paling terpencil di dunia kerana kedudukannya yang terletak di hujung benua itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kediaman seluas 3,027 meter persegi itu dikelilingi Lautan Hindi dari pantai Kimberley yang terpencil di Australia Barat.

Terletak di Gantheaume Point Broome, rumah itu  dibina di atas tebing prasejarah di kawasan yang terkenal dengan pemandangan matahari terbenam, lautan biru dan sejarah berusia lebih 130 juta tahun.

Ia kini merupakan salah satu hartanah paling unik di rantau itu dan disenarai dalam pasaran buat pertama kalinya sejak empat dekad lalu.

Pemandangan ‘hujung dunia’ yang memukau dari kediaman ini. – realestate.com.au
Kediaman ini dibina semula pada 1996 selepas kediaman asal musnah akibat kebakaran pada 1970. – realestate.com.au

Ejen hartanah, Caro Cunningham berkata, kediaman itu mungkin merupakan salah satu ‘rumah paling ikonik di Australia Barat’.

“Anda berada di penghujung Gantheaume Point dan tiada hartanah lain di sekitar anda,” kata Cunningham.

Ia dimiliki oleh pemilik yang sama sejak 40 tahun lalu dan direka semula pada 1996 selepas kediaman asalnya musnah akibat kebakaran pada 1970.

Kediaman itu dilengkapi lima bilik tidur dan tiga bilik air, ruang santai, siling berlapis, balok kayu yang terbuka serta jubin batu China.

Purata harga sebuah kediaman di kawasan itu ialah AUD $485,000 (RM1.5 juta), namun ia dijangka dijual lebih tinggi daripada nilai tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN