fbpx
Gambar hiasan.

Semua populasi dewasa Labuan telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 100 peratus populasi dewasa di Wilayah Persekutuan Labuan pada 7 September lalu telah berjaya divaksinasi penuh di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, strategi kerajaan dalam mempertingkatkan kadar vaksinasi ketika kes meningkat di Labuan sekitar Mei dan Jun lalu terbukti berkesan apabila berjaya mencatatkan penurunan kemasukan pesakit Covid-19 di hospital dan pengurangan penggunaan katil ICU dan ventilator.

“Sepertimana yang kita semua maklum, Labuan merupakan wilayah pertama yang berjaya beralih ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Warga Labuan kini dapat menikmati kelonggaran di semua sektor ekonomi dan sosial tertakluk kepada prosidur operasi standard (SOP) dalam norma baharu,” jelasnya melalui satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya, pencapaian tersebut sememangnya tidak dapat dicapai tanpa kerja keras Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) serta ditambah kerjasama erat kesemua agensi kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk serta rakyat Labuan.

“Kejayaan Labuan memberi suntikan vaksinasi kepada lebih 68,500 penduduk dewasa di wilayah itu merupakan pencapaian yang membanggakan dan memberi inspirasi kepada kita semua dalam perang menentang Covid-19.

“Berkat usaha semua pihak baik Kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan juga rakyat, saya percaya Malaysia akan terus berada di landasan yang tepat dalam mencapai imuniti kelompok, sekaligus memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada penduduk penduduk Labuan, Muhyiddin turut menyeru agar terus patuhi SOP dan teruskan kawalan risiko kendiri untuk memastikan penularan wabak Covid-19 sentiasa terkawal.

“Insya-Allah, saya yakin negeri-negeri lain juga akan dapat mencapai kejayaan ini dalam masa terdekat,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN