PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada tahap kuning di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia memaklumkan, bagi amaran cuaca tahap kuning ini dijangka hujan lebat akan berlaku di kawasan yang terlibat.

Bagi negeri Sabah ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort).
Manakala, bagi kawasan Pantai Barat Sabah, ia melibatkan kawasan Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Amaran cuaca sama juga turut dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














