fbpx
Muhd. Firdaus menjual Chicken Chop dengan motosikal di Jalan Kota Permai di Bukit Mertajam.

Pemuda jual ‘Chicken Chop’ dengan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perniagaan ‘Chicken Chop’ yang diusahakan Muhd. Firdaus Kamarudin, 21, secara jalanan dengan motosikal di Jalan Kota Permai, Bukit Mertajam di sini semakin mendapat perhatian selepas tular di media sosial TikTok.

Pemilik akauan TikTok @achikkamal itu ketika ini memiliki hampir 21,000 pengikut, manakala video dia sedang menjual ‘Chicken Chop’ yang dimuat naik pada April lalu telah mencapai hampir 580,000 tontonan.

Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan dia sedang memegang kadbod bertulis ‘Chicken Chop RM10’ dengan beberapa bungkus makanan itu disusun di atas motosikal jenis Modenas Kriss di tepi jalan.

Menurut Muhd. Firdaus, sejak video itu tular, boleh dikatakan hampir setiap hari perniagaan jalanannya itu akan didatangi oleh pelanggan baharu yang menonton video berkenaan.

“Dalam sehari biasanya kami akan menjual sehingga lebih 100 kotak ‘chicken chop’ dan jika ada baki yang tidak terjual, kami akan memberikan kepada orang ramai,” kata anak kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Menurut Muhd. Firdaus, menu tersebut istimewa kerana sosnya dihasilkan dengan resipi sendiri, manakala dua orang rakannya turut membantu menjualnya.

Dia menjual hidangan yang disiapkan di rumah tersebut di antara pukul 12 tengah hari hingga 10 malam hampir setiap hari. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN