fbpx
PETUGAS penyelamat cuba menurunkan seekor lembu terperangkap di atas pokok selepas Taufan Ida membadai Louisiana minggu ini. - Pentadbiran St.Bernard Parish

Lembu tersangkut di atas pokok dipukul Taufan Ida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW ORLEANS, Louisiana  – Sebuah pasukan menyelamat di negeri Louisiana datang membantu untuk membebaskan seekor lembu terperangkap di atas sebatang pokok yang ditenggelami banjir akibat  Taufan Ida, lapor stesen penyiaran Sky News semalam.

Pentadbiran St.Bernard Parish menyatakan dalam satu hantaran Facebook bahawa pekerjanya, Tyler Acosta, David Palmer dan Roy Ragan Sr bekerjasama dengan orang ramai untuk menyelamatkan lembu itu yang terperangkap di atas pokok berhampiran Lebuh Raya Florissant.

Pasukan tersebut menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok dan menurunkan haiwan itu.

Lebuh Raya Florissant Highway masih ditutup selepas ditenggelami air yang dalam akibat Taufan Ida. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN