PADA masa kini, rakyat negara ini terutamanya anak muda semakin melupakan salah satu budaya Melayu yang penting untuk diwarisi dan dipertahankan iaitu pantun.
Banyak daripada kita hanya mengenali pantun menerusi rangkapnya yang popular seperti ‘ dua tiga kucing berlari. Sebenarnya, ia lebih daripada itu yang menggambarkan kekayaan budaya Melayu yang tidak patut dilupakan begitu sahaja.
Justeru, kita perlu berterima kasih kepada Kolej Kediaman Bestari atau Kolej Keempat, Universiti Malaya (UM) yang begitu konsisten mempertahankan budaya pantun agar terus subur selalu.
Kolej tersebut baru-baru ini mengadakan pesta pantuan melalui dalam talian yang mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada pelajar di negara ini, malahan pelajar dari negara Asia Tenggara.
———————————————————————————————————————————————————————————————————————-
SEJAK kebelakangan ini, budaya berpantun semakin dipandang sepi oleh anggota masyarakat terutamanya dalam kalangan belia.
Pantun adalah sejenis puisi yang asasnya terdiri daripada dua baris ikatan berirama dan mempunyaisebutan sama di hujung ayat.
Keadaan itu terjadi disebabkan golongan muda pada hari ini terdedah kepada penggunaan teknologi sehingga membuatkan mereka lebih suka menyampaikan sesuatu mesej secara terus.
Menyedari hakikat itu, Kolej Kediaman Bestari atau Kolej Keempat, Universiti Malaya (UM) telah terpanggil untuk menganjurkan pertandingan Temasya Pantun Kerabat (Tepak) Bestari baru-baru ini.
Ia yang julung-julung kali dianjurkan menerusi siaran langsung menggunakan platform Facebook Tepak Bestari 20/21 itu dijayakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Patriot Asia.
Pengetua Kolej Kediaman Bestari, Dr. Khairunnisa Hasikin memaklumkan, tujuan utama penganjuran temasya pantun itu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, penganjuran itu juga diharap dapat membantu mengekal dan mengembangkan seni berpantun serta memastikan khazanah puisi Melayu tradisional terus hidup.
“Ini kali pertama pertandingan itu dianjurkan selepas terhenti sejak tahun 2015. Ia kesinambungan daripada Pesta Pantun Bestari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
“Pertandingan ini diharap mampu menjadikan UM dan Kolej Kediaman Bestari sebagai platform kebudayaan melalui bidang seni berbahasa,” katanya ketika ditemu bual iGen baru-baru ini.
Pertandingan itu turut melibatkan kolaborasi Kelab Pantun Sri Genta Malaya, Seri Pujangga Sanggar Seloka, Kelab Pantun dan Puisi Cenderawasih serta Alumni Bengkel Puisi Merdeka.

Menariknya, pertandingan itu berjaya memperoleh sebanyak 1,778 penyertaan termasuk dari negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.
Menurut Dr. Khairunnisa, para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun ke atas, manakala peserta berusia 18 tahun ke atas adalah bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi.
Pertadingan dibahagikan empat kategori bagi warganegara Malaysia iaitu Mencipta dan Melafaz Pantun, Pembuka Madah Kreatif, Mendendangkan Pantun Melayu serta Mengarang Pantun Nasihat Berkait.
Di samping itu, satu pertandingan peringkat antarabangsa turut diadakan.
Ia dikenali sebagai Pantun Semerah Saga Peringkat Antarabangsa melibatkan penyertaan dari negara-negara ASEAN atau Nusantara.
Peserta perlu menghasil dan merakam video penyampaian pantun secara kreatif sebelum dihantar kepada penganjur.
Bagi pertandingan Mencipta dan Melafaz Pantun, 25 peserta terbaik berentap pada pusingan akhir yang
disiarkan secara langsung menerusi Facebook bagi mencari pemenang.
“Menerusinya, peserta dapat menggunakan kemahiran berfikir mereka dengan kreatif, tepat serta kritis
bagi menghasilkan pantun mengikut tema diberikan.
“Mereka juga dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa Melayu dan membina keyakinan dalam melafazkan setiap baris pantun,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah pertandingan tersebut, Muaz Abdul Samad, 22, memaklumkan, ia yang
disiarkan menerusi Facebook Live mendapat maklum balas sangat memberangsangkan.
Katanya, sepanjang siaran langsung tersebut, pihaknya telah mendapat 199
tanda suka, 899 komen, 138 kongsi dan 3,600 jumlah tontonan.

“Memandangkan negara masih dilanda pandemik Covid-19, selain pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan 3.0, kami terpaksa menganjurkan pertandingan ini secara dalam talian.
“Meskipun begitu, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada jumlah penyertaan serta
tontonan menerusi Facebook Live.
“Ini menunjukkan masih ramai yang berminat dengan pantun,” katanya.
Di samping itu, pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan forum bertemakan Pantun Bukan Sekadar Dua Tiga Kucing Berlari yang disertai Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan tokoh puisi, Roslan Madun.
Ujar Muaz yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sosio-Budaya Melayu, UM,
forum itu mendedahkan peserta dengan teknik menghasilkan pembayang, baris maksud dan rima pantun oleh Dr. Zurinah dan Roslan
















