fbpx
Seramai 11 individu termasuk seorang bekas ketua bahagian operasi syarikat kejuruteraan perkapalan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah berkaitan projek pembaikan kapal dari tahun 2015 hingga 2019.

11 individu ditahan terima rasuah RM750,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang seorang bekas ketua bahagian operasi syarikat kejuruteraan perkapalan merupakan antara 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor petang semalam.

Menurut sumber, kesemua individu diberkas berusia antara 37 hingg 56 tahun selepas disyaki terlibat dalam kes menerima rasuah bernilai kira-kira RM750,000 berkaitan projek pembaikan kapal dari 2015 hingga 2019.

Katanya, kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada dua buah syarikat kontraktor sebagai balasan memberikan projek pembaikan kapal dan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran.

“Selain daripada bekas ketua bahagian operasi syarikat itu, penahanan turut melibatkan tujuh bekas pegawai kanan syarikat serta tiga individu lain yang masih berkhidmat di syarikat kejuruteraan perkapalan berkenaan.

“Kesemua suspek berumur antara 37 hingga 56 tahun telah ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru antara pukul 1.00 hingga 2.30 petang semalam dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar negeri ini,” kata sumber itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman semua 11 suspek selama empat hari ini bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 21 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN