fbpx

Tiada laporan pemalsuan sijil vaksin di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ismail (kanan) menjalankan pemeriksaan Op Patuh di sebuah kedai makan Dataran Sate Pantai Irama, Bachok malam tadi. - Foto oleh TOREK SULONG

BACHOK – Rata-rata peniaga premis makanan di beberapa lokasi tumpuan ramai di daerah ini didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kelonggaran kebenaran ‘dine-in’ di gerai makan bermula semalam.

Pematuhan SOP itu dapat dilihat semasa Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok menjalankan Ops Patuh di Dataran Sate Pantai Irama, restoran di kawasan Tangok dan pekan Jelawat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, berdasarkan pemerhatian, peniaga-peniaga gerai makan itu memeriksa sijil vaksinasi pelanggan sebelum membenarkan mereka makan di premis.

Katanya, langkah itu juga merupakan satu kaedah terbaik bagi mengelakkan sebarang penipuan pemalsuan sijil vaksinasi dilakukan oleh pelanggan.

“Berdasarkan pemeriksaan terhadap pelanggan di gerai makan di kawasan itu, semua mereka didapati mempunyai sijil vaksinasi.

“Setakat ini, tiada lagi pemalsuan sijil vaksinasi dilaporkan di daerah ini. Kita sudah memberi peringatan kepada semua pemilik premis makanan agar tidak berkompromi terhadap pelanggan yang mempamerkan sijil palsu,” katanya selepas menjalankan Ops Patuh di Dataran Sate Pantai Irama di sini semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI