fbpx
Gambar hiasan

Kelonggaran lengkap vaksin dibuat dengan hati-hati – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan memberi kelonggaran kepada penerima vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan data yang dikumpul dalam negara berhubung keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang digunapakai di seluruh dunia.

“Keputusan ini semestinya memberi risiko peningkatan bilangan kes harian namun kerajaan juga tidak boleh memandang ringan manfaat setelah divaksin lengkap dan peranan kemudahan tersebut terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara.

“Penerima vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan dan melindungi diri daripada mendapat gejala jangkitan yang lebih teruk serta mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes positif Covid-19 sebanyak 50 peratus,” katanya dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh enam minggu kebelakangan ini terdapat trend penurunan kadar kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, situasi tersebut menunjukkan pemberian vaksin kepada kumpulan warga emas di fasa 2 Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 19 April 2021 telah mula menghasilkan impak positif dalam konteks kesihatan.

Katanya, seramai 246,242 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima vaksinasi lengkap dan didapati hanya 4,635 (1.88 peratus) dijangkiti Covid-19.

“Daripada jumlah kes positif tersebut, 4,625 (99.78 peratus) hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala. Manakala hanya tujuh kes (0.15 peratus) adalah kategori 3.

“Terdapat sejumlah tiga kes atau 0.06 peratus adalah kategori 4 dan tiada dalam kalangan mereka mengalami jangkitan Covid-19 kategori 5 yang memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN