fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan gudang penyiapan dan penyimpanan kilang sarung tangan di Klang malam tadi.

Rugi RM35 juta gudang sarung tangan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sebuah kilang sarung tangan dipercayai mengalami kerugian dianggarkan RM35 juta selepas gudang penyiapan dan penyimpanannya musnah dalam kebakaran di Bandar Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Dalam kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penyelia kilang itu dikenali Muru memberitahu, beberapa pekerjanya cuba memadamkan kebakaran tersebut namun gagal apabila api marak dengan pantas.

Katanya, ini menyebabkan mereka segera menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

“Kebakaran melibatkan premis nombor dua di kawasan kilang iaitu gudang penyiapan dan penyimpanan sarung tangan dengan nilai kerugiaan dianggarkan mencecah RM35 juta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.35 malam.

Katanya, bantuan turut diperoleh daripada BBP Andalas, Kota Raja, Sungai Pinang, Kota Anggerik selain Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Delek, Taman Sri Serdang dan Bangi dengan keseluruhan 51 anggota terlibat.

“Keluasan kebakaran melibatkan 30 peratus daripada keseluruhan kawasan kilang tersebut dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN