fbpx
AZIZULHASNI meraih tempat kedua pada aksi saringan suku akhir sekali gus layak ke separuh akhir yang akan berlangsung sebentar lagi. - AFP

Azizulhasni ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke peringkat separuh akhir acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo selepas menamatkan saingan di kedudukan kedua pada perlumbaan suku akhir di Velodrom Izu sebentar tadi.

Bagaimanapun, langkah Muhammad Shah Firdaus Sahrom terhenti di pusingan suku akhir selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir meskipun dilihat berpotensi untuk melakukan pada awal saingan.

Pada saingan tersebut, hanya empat pelumba layak untuk melangkah ke separuh akhir dan tiada pusingan repechages pada aksi itu.

Di separuh akhir, Azizulhasni bakal berdepan cabaran hebat apabila diletakkan bersama Rayan Helal dari Perancis, Harrie Lavreysen (Belanda), Yuta Wakimoto dari Jepun, Nicholas Paul (Trinidad & Tobago) dan juga Maximilian Levy dari Jerman untuk merebut tempat ke final.

Hanya pelumba yang menduduki tempat pertama hingga ketiga sahaja akan layak ke peringkat akhir manakala enam lagi pelumba yang kalah di separuh akhir akan bertanding untuk tempat ke-7 hingga ke-12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN