fbpx

Pekebun di Jeli hadapi masalah lambakan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) menunjukkan durian yang dibawa dari Jeli untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di PKRC , ILP Pengkalan Chepa hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD.NAWI

KOTA BHARU – Kira-kira 1,000 pekebun dari kawasan Jeli dan Tanah Merah mendakwa mereka menanggung kerugian apabila terpaksa menjual buah durian pada harga sen hingga RM2 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Mereka terpaksa menurunkan harga ekoran berlaku lambakan buah durian di kebun mereka yang tidak dapat dijual sepanjang tempoh itu.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Lanas Jedok, Zulkifli Yunus berkata, lambakan itu berlaku apabila pekebun tidak boleh membawa keluar hasil dari kebun mereka untuk dipasarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

“Saya difahamkan bahawa pekebun menghadapi masalah apabila mereka hendak membawa keluar durian untuk dipasarkan.

“Saya merayu kepada dermawan atau penyumbang yang ingin membantu pekebun boleh membeli secara borong di kawasan Jeli dan Tanah Merah. Pembelian secara borong itu boleh diagihkan kepada orang ramai atau barisan hadapan yang sedang bertugas ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI