fbpx

Sewa kondominium anjur parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada peserta parti liar yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Lumut awal pagi tadi.

LUMUT – Tindakan 17 individu termasuk seorang wanita warga asing menyertai parti liar di sebuah kondominium di sini membawa padah apabila ditahan dalam serbuan awal pagi tadi.

Parti itu dipercayai dianjurkan seorang wanita yang mengundang individu dikenali melalui WhatsApp sebelum individu tersebut mengajak rakan lalu rakannya itu pula menghubungi kenalan lain.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu, sembilan lelaki dan lapan perempuan berusia 19 hingga 48 tahun didapati sedang menganjurkan parti tersebut.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang ramai yang curiga dengan kelibat semua individu tersebut.

“Pasukan Task Force Op Covid dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung yang melakukan pemeriksaan kemudian menahan semua individu itu ke untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian mendapati tiga lelaki dan dua perempuan dikesan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI