fbpx

Perak belum terima baki dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saarani Mohamad

LENGGONG – Kerajaan negeri masih belum memperolehi baki dos vaksin Covid-19 sebanyak 250,569 yang sepatutnya diterima pada hujung bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, kekurangan bekalan vaksin itu menyebabkan terdapat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpaksa memperlahankan operasi.

“Sepatutnya dapat pada hujung bulan ini, maknanya minggu ini, tapi saya fikir tidak sepenuhnya (kuota dos vaksin) kita akan dapat.

“Jika terima sepenuhnya, maka semua PPV di seluruh negeri akan berfungsi tetapi sekarang ada PPV yang memperlahankan tugas ekoran kekurangan bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Penyerahan Bantuan Makanan Nelayan Darat Daerah Lenggong anjuran Jabatan Perikanan Perak di Pusat Pekasam Negara di sini hari ini.

Saarani sebelum ini memberitahu, Perak bakal menerima bekalan vaksin yang dijadualkan pada Julai adalah sebanyak 688,760 dos

Sehingga Isnin lepas, sebanyak 438,191 dos baharu diterima manakala baki 250,569 lagi dijangka diterima pada akhir minggu ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI