fbpx

Inter nekad mahu kekalkan Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU kini menjadi rebutan Chelsea dan Man. City ekoran kecemerlangannya bersama Inter musim lalu. - AFP

MILAN – Pasukan Inter Milan bertekad untuk tidak menjual penyerang utama, Romelu Lukaku dengan sebarang harga meskipun beberapa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan kali ini.

Difahamkan, Lukaku menjadi pilihan buat pasukan Chelsea sekiranya mereka gagal mendapatkan pilihan utama dari Borussia Dortmund, Erling Haaland manakala Manchester City menjadikan penyerang antarabangsa Belgium itu sebagai alternatif jika tidak berjaya menandatangani Harry Kane.

Lukaku telah dianggap antara penyerang paling prolifik di Eropah sejak berhijrah ke Inter dari Manchester United pada 2019 dengan membantu skuad Nerazzuri itu menjuarai Serie A pada musim lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Beppe Marotta berkata, penyerang berusia 28 tahun itu akan kekal di San Siro pada musim baharu nanti kerana dia sudah berada dalam peranca­ngan ketua jurulatih, Simone Inzaghi.

“Dari sudut pihak pengurusan, kami tidak berminat untuk menjual Lukaku walau ditawarkan sebarang harga sekali pun kerana dia adalah tunjang utama pasukan ini.

Malah, Inzaghi turut teruja untuk menyaksikan kemampuannya bersama pasukan bagi mengharungi kempen baharu nanti,” kata­nya.

Sebelum ini, Inter dilaporkan sedang dibelenggu de­ngan krisis kewangan sehingga menyaksikan mereka terpaksa ‘menggadai’ beberapa pemain bagi meringankan kantung poket pengurusan yang agak tenat.

Namun, situasi tersebut tidak lagi dirasai oleh Inter apabila berjaya menjual pemain pertahanan, Achraf Hakimi ke Paris Saint-Germain (PSG) te­lah meringankan sedikit beban pengurusan selain perpindahan Matteo Politano dan Antonio Candreva baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI