fbpx
Jenazah seorang wanita dengan berat 200 kg selamat dikebumikan dengan bantuan anggota bomba

Bomba bantu kebumi jenazah Covid-19 seberat 200kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Jenazah seorang wanita dengan berat badan 200 kilogram (kg) yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 selamat dikebumikan dengan bantuan bomba di sebuah tanah perkuburan Islam di Kampung Dioh Besar di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, bantuan khidmat khas bomba telah digerakkan selepas pihaknya menerima permintaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) pada tengah hari tadi.

Menurutnya, jenazah wanita itu dibawa ke tanah perkuburan ini dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dekat sini.

“Seramai tujuh anggota bomba digerakkan terus ke lokasi. Pihak kami menggunakan teknik lowering daripada tali webbing sebelum menurunkan jenazah secara perlahan-lahan.

“Terdapat dua kakitangan PAID yang menyambut jenazah wanita berusia 41 tahun itu dan selamat dikebumikan pada pukul 3.08 petang,” katanya ketika dihubungi di sini tadi. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI