fbpx
SEORANG anggota polis memijak tangan suspek pencuri, manakala seorang lelaki memukul lelaki lain dengan batang besi di Pusat Beli-Belah Bara, Soweto hari ini. - AFP

Korban rusuhan di Afrika Selatan meningkat 45 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHANNESBURG – Kedai-kedaiĀ  di dua wilayah Afrika Selatan digeledah untuk hari kelima berturut-turut hari ini, beberapa jam selepas Presiden Cyril Ramaphosa mengerahkan askarĀ  dalam usaha menghentikan rusuhan yang telah meragut 45 nyawa.

Ketua menteri wilayah Gauteng yang merangkumi bandar raya Johannesburg, David Makhura berkata, 10 mayat ditemui lewat semalam di sebuah pusat beli-belah yang dijarah di Soweto, pinggir Johannesburg.

“Polis mendapati seramai 10 orang mati semasa insiden rusuhan di Soweto.

ā€œAngka kematian di Gauteng berjumlah 19 orang,ā€ kata Makhura kepada wartawan.

Terdahulu, Ketua Menteri KwaZulu-Natal, Sihle Zikalala berkata,Ā  26 orang mati di wilayah tersebut.

“Mereka terbunuh akibat rempuhan semasa kumpulan penunjuk perasaan merusuh,” kata Zikalala, tanpa mendedahkan lokasi tertentu.

Rakaman televisyen menunjukkan berpuluh-puluh wanita dengan sebilangan mereka memakai gaun tidur,Ā  lelaki serta kanak-kanakĀ  berjalan masuk ke kedai sejuk beku di Soweto dan keluar membawa kotak-kotak berisi daging.Ā 

Seorang pengawal keselamatan hanya mampu memandang tindakan mereka.

Polis muncul tiga jam kemudian dan mula melepaskan tembakan peluru getah.

Sekurang-kurangnya 757 orang telah ditangkap, kata Menteri Polis,Ā  Bheki Cele pada sidang akhbar sambil menambah, kebanyakan tangkapan dibuat di Johannesburg.

Rusuhan itu meletus pada Jumaat lalu selepas bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara 15 bulan kerana mengganggu siasatan rasuah yang mencemarkan reputasinya. – AFPĀ 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN