fbpx
Gambar hiasan.

1,800 keluarga B40 terima bantuan WTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 1,800 keluarga B40 seluruh Semenanjung yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan berbentuk wang tunai daripada Tabung Warga TNB Prihatin (WTP).

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemberian bantuan menerusi tabung dilancarkan pada 9 Jun lalu melibatkan agihan melebihi RM1 juta.

“Tabung WTP ialah wadah untuk warga kerja syarikat membantu rakyat memerlukan khususnya dalam suasana pandemik yang berlanjutan selari dengan kesungguhan TNB menerangi kehidupan penduduk Malaysia.

“Selain warga kerja TNB yang menyumbang kepada tabung dengan nilai lebih RM1.52 juta setakat ini, terima kasih saya ucapkan kepada pemimpin kesatuan dan persatuan dalaman TNB yang bersepakat menubuhkan tabung serta pelbagai pihak yang membantu kami mengenalpasti penerima bantuan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, bantuan itu diharap mampu mengukir senyuman dan membawa rasa bahagia kepada penerima bagi menempuhi tempoh yang agak sukar. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN