fbpx
Gambar hiasan

Pukul bapa tiri ditegur salah pasang bateri kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Gara-gara ditegur salah memasang bateri kereta, seorang anak naik angin sebelum memukul muka dan dada bapa tirinya di rumah mereka di Lorong Pendamar Indah, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 24 tahun sedang membantu menukar bateri kereta bapa tirinya namun berlaku perselisihan faham apabila salah memasang kompenen kereta tersebut.

Katanya, suspek yang merupakan penganggur dan anak sulung daripada dua beradik itu yang disyaki dibawah pengaruh dadah kemudiannya bertindak memukul mangsa berusia 52 tahun.

“Bertindak maklumat, suspek kemudiannya ditahan pukul 5 petang semalam di hadapan sebuah restoran di Pandamaran dan siasatan mendapati suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak empat tahun lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman selama empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN