fbpx

Tiga lelaki tengking, tolak anggota polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Tiga lelaki ditahan selepas menengking dan menolak seorang anggota polis sehingga terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Merdeka di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku ketika dua anggota dari Balai Polis Ampang sedang menjalankan rondaan sebelum ternampak sebuah kereta jenis Honda yang dinaiki seorang lelaki melanggar lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota berkenaan telah menahan kenderaan tersebut dan meminta pengenalan diri pemandu.

“Ketika proses mengeluarkan saman, suspek bertindak menengking dan meninggikan suara kepada anggota polis tersebut termasuk mempersoalkan tindakan mengeluarkan saman.

“Selang beberapa minit, dua lelaki yang juga abang kandung suspek telah datang. Salah seorang daripadanya membuat kecoh dengan menjerit ke arah anggota polis dan mempersoalkan tindakan anggota itu memeriksa suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek juga telah bertindak merakam video dan mengambil gambar ketika kejadian.

“Dalam keadaan yang semakin kecoh, anggota terbabit mengarahkan kesemua suspek untuk ke balai namun salah seorang daripada mereka telah menolak seorang anggota polis hingga terjatuh.

“Ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia 28 hingga 42 tahun yang bekerja sebagai mekanik terbabit telah ditahan selama empat hari sehingga Khamis ini,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI