fbpx

Program Vaksinasi Bergerak jimatkan tambang penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menerima suntikan vaksin di PPV Sementara Kampung Bertam Baru, Gua Musang hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Penduduk lebih 200 kawasan kampung tradisional di luar bandar daerah ini memperoleh manfaat menerusi Program Outreach Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di kampung mereka.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara menerusi Program Vaksinasi Bergerak yang dibuka di dewan kampung itu dapat memudahkan urusan warga emas dan pesakit kronik selain mampu menjimatkan kos tambang pengangkutan mereka untuk ke bandar.

Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Mohamad Rafiq Mohd. Kasri berkata, mereka tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke dua PPV di bandar ini yang terletak lebih 60 kilometer dari kampung mereka.

Katanya, pihak kesihatan memahami bebanan yang ditanggung penduduk untuk pergi menerima suntikan di PPV apabila perlu mengeluarkan kos minyak dan tambang sebanyak RM50 hingga RM60 untuk sekali perjalanan.

“Kita telah memulakan program ini di Ladang Sungai Terah, Kampung Limau Kasturi, Bertam Baru dan Kampung Kuala Sungai sejak dua minggu lalu.

“Saya akui sambutan amat menggalakkan apabila penduduk meminta tambahan hari untuk program outreach atau vaksinasi bergerak di kawasan kampung mereka,” katanya kepada pemberita di PPV Sementara Kampung Bertam Baru di sini hari.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI