fbpx
MOHD. ABDUH

Warga emas maut disyaki akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KLUANG – Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya di Jalan Intan 5, Taman Intan, di sini kelmarin dipercayai akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, kematian mangsa, Harun Mahat, 72, hanya disedari selepas pihak polis memecahkan pintu rumah untuk melihat keadaannya yang tinggal seorang diri.

Katanya, tindakan tersebut dibuat selepas kunjungan adiknya, Norliyah Mahat, 63, kira-kira pukul 1 petang ke rumah teres satu tingkat itu tidak disambut malah mendapati rumahnya berkunci dan sunyi.

“Pengadu telah memanggil abangnya beberapa kali namun tiada maklum balas dan jirannya memaklumkan tidak nampak pergerakan si mati sejak tiga hari lalu.

“Dengan bantuan anggota Balai Polis Kluang telah memecahkan pintu rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedar diri terbaring di ruang tamu. Pihak Pejabat Kesihatan daerah turut dipanggil dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai makluman, kediaman mangsa terletak tidak jauh daripada lokasi kluster Rumah Jagaan Orang Tua, di sini yang dilaporkan pada bulan lalu.-K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI