fbpx
Sebahagian kotak mengandungi rokok pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM1,445,700 yang dirampas, semalam.

183 kotak rokok bernilai RM1,445,700 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua lelaki bersama 183 kotak rokok pelbagai jenama yang tidak bercukai bernilai RM1,445,700 dalam Op Kontraban di sekitar Kepong semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan berkenaan berusia 32 dan 34 tahun.

“Menerusi operasi berkenaan, polis telah berjaya merampas 183 kotak rokok pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM1,445,700.

“Kita juga telah merampas beberapa kenderaan dan wang tunai sebanyak RM60,000 yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,655,700,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek kini telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah seksyen itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN