fbpx
NAD berpendapat wanita yang memperlekehkan bakat Nabila adalah perkara yang kurang sopan.

Budak teater tidak kutuk bakat orang lain – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon drama Nad Zainal mengakui tidak suka dan kesal dengan sikap seorang gadis yang kononnya merupakan seorang budak teater apabila mengkritik cara nyanyian oleh penyanyi Nabila Razali.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidi, 30, berkata, sebagai bekas pelajar jurusan senit eater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkata, dia tidak pernah diajar gurunya untuk memburukkan bakat orang lain ketika menuntut di akademi tersebut selama tiga tahun.

“Sebenarnya saya tidak suka bila seseorang itu menggelarkan diri mereka sebagai budak teater tapi buat perkara seperti itu (mengutuk bakat orang lain).

“Ketika belajar di Aswara, kami tidak pernah diajar guru-guru untuk memburukkan orang lain. Saya rasa kesal dengan tindakan dia sebab sepanjang tiga tahun belajar teater, tidak ada pula cikgu saya bercerita atau bergosip untuk mengkritik seseorang seperti itu,” ujar Nad.

Nad ketika ditemui di Bazar Aidifitri Che Salmah di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur baru-baru ini turut berkata, tindakan gadis tersebut sedikit pun tidak melambangkan dirinya sebagai pelajar teater yang mencintai seni tersebut.

“Cara dia bercakap tak menggambarkan dia budak teater yang cintakan seni. Dengan solekan yang tebal seperti itu. Dia telah memburukkan orang-orang yang cintakan seni teater.

“Saya sebenarnya takut disebabkan dia nanti, orang lain turut menyampah dengan kami yang ada latar belakang teater, ujarnya.

Terdahulu, Pelakon yang baru menimang cahaya mata keduanya pada 1 April lalu sebelum ini ada memuat naik satu hantaran dalam Instastorynya dengan memberi nasihat kepada pelajar teater supaya menjaga adab dan tidak memandang rendah bakat orang lain.

“Kita anak seni mulut jangan capoi (cakap lepas), jangan cepat bangga diri. Akak percaya budak teater Aswara baik. Jangan jahat mulut,” tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video TikTok memaparkan seorang gadis yang bercerita tentang pensyarahnya mendakwa Nabila telah berlatih menyanyi dalam tempoh setahun namun masih tiada improvisasi.

Dalam video itu juga, Nabila turut dibandingkan dengan Saloma yang hanya memerlukan satu hari sahaja untuk membuat persembahan di atas pentas.

Menyedari perkara itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, menerusi Instastory berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan sebenar individu tersebut memuat naik video yang hanya menyebarkan kebencian.

“Walau apa sahaja niatnya, saya maafkan. Saya cuma mahu wujudkan kesedaran supaya kita menggunakan media sosial dengan berhemah.

“Ini kerana kita tidak pernah sedar bahawa setiap perkataan yang digunakan mungkin melukakan dan menghancurkan impian seseorang,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nabila pernah menerima kecaman hebat selepas terkucil ketika membuat persembahan lagu Peluang Kedua pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN