Gambar hiasan

Perketat kawalan pelabuhan, elak manipulasi dan ketirisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kawalan keluar masuk kargo di pelabuhan negara perlu diperketat menerusi pemeriksaan fizikal dan ujian makmal bagi mengelakkan manipulasi pengisytiharan barangan, ketirisan hasil kerajaan serta menjejaskan reputasi Malaysia sebagai hab perdagangan antarabangsa.

Langkah itu penting khususnya bagi pengendalian kargo minyak sawit dan petroleum yang melibatkan proses pencampuran produk, perubahan komposisi serta perbezaan negara asal yang memerlukan pengesahan lebih teliti oleh pihak berkuasa.

Pakar industri maritim, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, kelemahan penguatkuasaan dan peraturan yang tidak jelas boleh membuka ruang kepada ketidakpatuhan dalam operasi kargo, selain mendedahkan pemain industri kepada risiko perundangan dan kewangan.

Menurut beliau, pemeriksaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada dokumen perkapalan sebaliknya perlu disokong pengesahan kandungan sebenar kargo yang dibawa masuk atau keluar dari pelabuhan.

“Persoalan asasnya ialah adakah kita benar-benar pasti bahawa apa yang diisytiharkan dalam dokumen sama dengan apa yang dibawa, dikendalikan dan dihantar?

“Pihak berkuasa perlu mempunyai prosedur sewajarnya untuk mengesahkan kandungan sebenar kargo dan bukan bergantung sepenuhnya kepada dokumen,” katanya.

Beliau yanga juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn. Bhd., berkata, isu berkenaan turut melibatkan amalan pencampuran produk minyak sawit dari negara berlainan dalam tangki kapal yang sama.

Sekali gus, memerlukan garis panduan lebih jelas berhubung kelulusan, dokumentasi dan pengisytiharan negara asal.

Katanya, pengendalian produk petroleum juga memerlukan pemeriksaan rapi bagi memastikan jenis produk, spesifikasi, komposisi dan kuantiti sebenar sepadan dengan maklumat yang diisytiharkan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemeriksaan fizikal serta ujian makmal dipertingkatkan, terutama bagi penghantaran mencurigakan atau kargo yang melalui proses pencampuran dan perubahan komposisi produk.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN