BARU-BARU ini Diva ternampak sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Threads memaparkan rakaman Datuk Remy Ishak yang sedang berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah. Mulanya Diva ingatkan video biasa tetapi rupa-rupanya pengguna tersebut seperti terkilan mendakwa Remy tidak melayan panggilannya dan sibuk dengan telefon bimbit. Mungkin juga Remy tak dengar.
Tidak terhenti di situ, perkongsian tersebut menarik banyak respons apabila ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai dakwaan mengatakan
Remy antara selebriti kurang mesra apabila disapa di luar.
Meski dibanjiri tuduhan sombong, masih ada juga individu yang menafikan perkara tersebut dengan memuji Remy sebagai mesra dan senang diajak bergambar ketika bertemu.
Artis pun manusia, mungkin ada masa mereka melalui waktu yang sukat dan tiada mood untuk bersapa mesra.
Anggap sahajalah begitu dan janganlah sewenang-wenangnya nak label seseorang sombong. Seram betul baca komen-komen, harap isu artis dilabel sombong tidak lagi berbangkit dalam media sosial.
DIVA: Menyampah dengan seorang selebriti berdarah kacukan, semua isu dalam media sosial dia ‘enter frame’, sibuk macam calon YB.














