Tangkap layar kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Mydin Bandar Teknologi Kajang petang ini.

[VIDEO] 30 saat rompak kedai emas di Bandar Teknologi Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga individu yang memakai topi keledar merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Bandar Teknologi Kajang, hari ini.

Perbuatan suspek itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah premis berhampiran kedai emas berkenaan.

Berdasarkan rakaman CCTV, tiga suspek dilihat meluru masuk ke dalam premis pada pukul 2.21 petang sebelum beredar kira-kira 30 saat kemudian.

Kejadian jenayah itu mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads, ahmed_.zafri_.arman berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosial.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang akan keselamatan pekerja dan pengunjung pusat beli-belah berkenaan.

“Ya Allah berani betul (penyamun), macam mana pekerja dalam kedai, semua okey ke?” soal lyndaputeri.

“Takutnya office (pejabat) aku sebelah, nasib tak keluar kalau tak buatnya bertembung,” kata hihieraraa_.

Dalam pada itu, Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian mencemaskan tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN