Tangkap layar video Threads Noturyourloca suasana kesesakan di Stesen LRT Lembah Subang pada pagi ini.

[VIDEO] Tren LRT Kelana Jaya buat hal lagi, ramai lambat datang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya meluahkan rasa penat dan letih susulan operasi pengangkutan awam tersebut sekali lagi berdepan masalah pada pagi tadi, sekali gus ramai daripada mereka terlewat masuk kerja.

Menerusi perkongsian pada hantaran Threads, mereka memuat naik gambar suasana di stesen LRT terlibat yang memperlihatkan kesesakan orang ramai, keadaan pengguna beratur panjang, malah ada yang duduk di atas lantai sambil membuka komputer riba untuk menyelesaikan kerja sebelum menunggu LRT.

“Sangat letih dengan masalah gangguan perkhidmatan LRT berlaku banyak kali tahun ini, tahun lepas dan setiap tahun. Seolah-olah tiada usaha bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah ini. Akhirnya, masalah berterusan ini menyebabkan orang ramai lebih memilih untuk memandu sendiri atau keluar belanja besar gunakan Grab daripada bergantung kepada pengangkutan awam,” kongsi pengguna Threads Sunfloweraidil.

“Apa ni dari LRT Ara Damansara naik bas pergi LRT Lembah Subang. Dah sampai kena lagi. Bila nak sampai ofisnya, sekurang-kurangnya bagi lah notis awal untuk semua orang tahu,” kata pengguna Threads Jxyclynnn yang memuat naik video dan gambar suasana tersebut.

“Akhir bulan, duit tengah sesak, tiba-tiba LRT Subang rosak. Grab RM50 ke RM70. Bas shuttle percuma tunggu 30 minit, jalan sesak, kerja pukul 9 pagi. Syarikat pula tak WFH (bekerja dari rumah). Wei, aku nak pergi kerja je,” kata Ramya Rangeitha Rajamohan yang turut berkongsi video dan gambar pada Threads.

“Kasihannya, sampai yang kena buat kerja sambil tunggu giliran naik LRT. Semoga korang kuat wey,” kata pengguna Threads Nur Syuhada yang memuat naik gambar beberapa pengguna duduk di atas lantai sambil membuka komputer riba.

Seorang lagi pengguna Threads Fadzili Lim berkongsi video suasana pejabatnya yang sunyi biarpun hampir pukul 9 pagi dan difahamkan rakan-rakannya merupakan pengguna LRT.

“Dah pukul 8.50 pagi, pejabat masih lengang. Dipercayai dalam kalangan mangsa LRT Kelana Jaya hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN