Gambar hiasan

Permohonan sijil halal Johor melonjak lebih lima kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 1,298 permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada usahawan dan syarikat di Johor telah diluluskan sejak Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 diperkenalkan sehingga 11 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata angka pensijilan baharu menunjukkan lonjakan menggalakkan berbanding hanya 133 permohonan yang direkodkan pada tahun 2024.
​
Katanya jumlah itu kemudian meningkat lebih empat kali ganda kepada 561 pada tahun 2025, sebelum terus melonjak kepada 737 permohonan setakat 11 November tahun ini.

​Menurutnya angka tahun ini merupakan peningkatan lebih lima kali ganda berbanding tahun 2024 dan telah mencapai 88 peratus daripada sasaran tahunan sebanyak 839 permohonan.

“Yang lebih bermakna, daripada 441 syarikat baharu yang memohon melalui JAINJ tahun ini, 342 atau 77.6 peratus ialah usahawan Bumiputera, berbanding hanya 38 peratus dalam kalangan pemegang sijil sedia ada.

“Ini petanda yang baik bahawa usahawan Bumiputera semakin yakin untuk menceburi industri halal. Hari ini, Johor berada di kedudukan kedua di Malaysia selepas Selangor, dengan 1,743 pemegang SPHM aktif dan 4,321 sijil halal aktif.

“Sebanyak 93 peratus permohonan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja. Usaha kita bukan sahaja untuk menambah bilangan, tetapi juga untuk memudahkan urusan rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ng Yak Howe (PH-Bentayan) mengenai berapakah bilangan usahawan di Johor yang telah berjaya memperoleh pensijilan halal sejak Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 diperkenalkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN