CHELSEA berdepan masalah kerapuhan benteng pertahanan menyebabkan mereka tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir EPL. - AFP

EPL: Kerjaya Alonso masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Chelsea, Xabi Alonso dilapor masih mendapat sokongan penuh daripada pemilik dan pihak pengurusan kelab itu biarpun prestasi semasa pasukan dilihat semakin merudum.

Chelsea mengalami kekalahan kelima mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila tewas kepada Leeds United Sabtu lalu di Stamford Bridge menyebabkan mereka berdepan kecaman daripada penyokong sendiri.

Pihak pengurusan tertinggi kelab itu percaya Alonso memerlukan masa untuk memperbetulkan keadaan dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi selepas hanya dilantik pada musim panas lalu.

Mereka melihat Alonso sebagai seorang individu yang bijak dan kuat bekerja serta diyakini mampu menyelesaikan masalah Chelsea selain mampu belajar daripada kesilapan yang dilakukannya sendiri.

Chelsea mahu mengelakkan perubahan pengurusan di pertengahan musim seperti yang pernah menjejaskan perjalanan kelab sebelum ini ketika Enzo Maresca, meninggalkan kelab pada Hari Tahun Baharu.

Chelsea akan bertandang ke Nottingham Forest pada awal pagi Sabtu ini dan persiapan Alonso dijangka akan memberikan tumpuan besar kepada cara untuk memperkukuhkan benteng pertahanan pasukannya.

Benteng pertahanan The Blues dilihat cukup rapuh apabila sudah dibolosi dengan 20 jaringan selepas 11 perlawanan menyebabkan mereka perlu segera mengatasi masalah tersebut atau berdepan satu lagi kekecewaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN