Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan bahawa Interbrand, sebuah firma perundingan jenama global, telah meletakkan syarikat itu di kedudukan No. 5 dalam senarai tahunan Jenama Global Terbaik (Best Global Brands) untuk tahun ketujuh berturut-turut, dengan nilai jenama sebanyak AS$105.2 bilion (RM431 bilion).
Lebih menarik, Samsung merupakan satu-satunya syarikat berpangkalan di Asia yang berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok lima jenama global teratas setiap tahun sejak 2020.
Penilaian Interbrand mengambil kira beberapa faktor yang dimiliki Samsung, antaranya rekod pendapatan tertinggi yang didorong oleh pelaburan strategik dalam semikonduktor AI, peningkatan daya saing AI dalam Bahagian Device eXperience (DX) dan strategi jenama berteraskan pelanggan melalui pendekatan ‘One Samsung’.
Bahagian Device Solutions (DS) juga terus mencatat pertumbuhan dengan meningkatkan bekalan produk memori bernilai tinggi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk AI.
Bahagian ini turut mengekalkan kepimpinan teknologinya melalui pengeluaran besar-besaran dan penghantaran komersial HBM4 yang pertama dalam industri.
Bahagian DX juga terus meningkatkan kemudahan dalam kehidupan seharian pengguna melalui pengalaman AI yang diperibadikan serta ketersambungan merentas produknya, termasuk peranti mudah alih, televisyen dan peralatan rumah.
Pada tahun ini, Samsung memperkenalkan Galaxy Z Fold8, telefon pintar boleh lipat Galaxy generasi kelapan yang menampilkan reka bentuk faktor baharu serta nisbah aspek paparan 4:3, sekali gus mentakrifkan semula kategori peranti boleh lipat. Reka bentuk ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna golongan muda, di samping memperluas daya tarikan peranti itu merentasi pelbagai generasi.
Sebagai salah sebuah firma perundingan jenama paling lama bertapak, Interbrand membuat penilaian ke atas nilai jenama setiap tahun menerusi analisis menyeluruh terhadap prestasi dan prospek kewangan sesebuah syarikat, pengaruh jenama terhadap keputusan pembelian serta tahap daya saingnya.
Penilaian tersebut turut mengambil kira aspek strategi, empati, pembezaan, penglibatan pelanggan, konsistensi dan kepercayaan.
Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan melalui idea serta teknologi transformatif. Syarikat ini mentakrifkan semula pelbagai bidang termasuk televisyen, papan tanda digital, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan rumah dan sistem rangkaian, selain teknologi memori, System LSI dan foundry.
Samsung turut memajukan teknologi pengimejan perubatan, penyelesaian HVAC dan robotik, di samping menghasilkan produk automotif dan audio yang inovatif melalui Harman.
Jenama-jenama lain dalam top 5 berdasarkan senarai terbaharu itu ialah Apple (pertama), Microsoft (kedua), Google (ketiga) dan Amazon (keempat).














