CHELSEA gagal menahan asakan Leeds menyebabkan mereka tewas dan bolos empat gol pada aksi kelmarin. - AGENSI

EPL: Chelsea tanggung aib besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Xabi Alonso mengakui mental skuad bimbingannya berada situasi yang sangat rapuh selepas dimalukan dengan kekalahan 1-4 ke atas Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan The Blues tewas tiga daripada empat perlawanan liga terakhir sekali gus merosot ke tangga kelapan, manakala Leeds menamatkan penantian kemenangan di Stamford Bridge sejak 1999.

Malah, Chelsea turut gagal mempertahankan rekod kebal selama 67 tahun di laman sendiri berdepan dua seteru London iaitu Leeds dan Tottenham Hotspur apabila menanggung kekalahan dalam dua perlawanan pada musim yang sama.

Chelsea terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan Emmanuel Emegha selepas Moises Caicedo terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, namun Leeds bangkit menguasai permainan dan membenam tuan rumah dengan dua jaringan Noah Okafor.

“Kami berada dalam fasa mental yang rapuh. Apabila menerima tekanan dari pihak lawan, kami tidak mampu bangkit dengan cukup kuat,” kata Alonso.

Alonso menegaskan Chelsea perlu segera mencari penyelesaian dari sudut taktikal, fizikal dan mental bagi mengelakkan situasi sama berulang, selain mengakui memahami kekecewaan penyokong yang mula mengejek pemain ketika mereka meninggalkan padang.

“Saya memahami kekecewaan mereka dan kami turut merasainya. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk mengubah keadaan ini dan tampil jauh lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN