Bella Astilah kalungkan pingat Ironman Langkawi kepada suaminya, Syed Saddiq selepas menamatkan triatlon di Jalan Pantai Chenang, Langkawi, hari ini

[VIDEO] Mohon maaf Muar, saya tidak berjaya dapat RM200,000 – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Cuaca panas dan perubahan laluan berbasikal yang lebih mencabar menyebabkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi di bawah 12 jam.

Beliau yang dijanjikan RM200,000 dalam bentuk nilai pendidikan dan yuran tuisyen percuma buat pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Muar jika menghabiskan cabaran itu dalam masa kurang 12 jam.

“Jam saya menunjukkan suhu cuaca 33 darjah dan berasa seperti 36 darjah Celcius yang sangat panas, dan saya sudah mula muntah sejak 20 kilometer (km) terakhir, dan kejang berkali-kali, tetapi inilah Ironman.

“Saya, Syed Saddiq ingin menyusun 10 jari, memohon maaf kepada warga Muar kerana tidak berjaya, saya telah membuat yang terbaik, dan akan terus memberikan yang terbaik kepada mereka,” katanya kepada sidang akhbar selepas menamatkan acara triatlon tersebut di Jalan Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Beliau yang menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 12 jam, 48 minit dan 38 saat dan berada di kedudukan 133 bagi kategori keseluruhan lelaki.

Jelasnya, perubahan laluan berbasikal dengan kecerunan yang lebih mencabar menyebabkan beliau tidak mampu untuk menghabiskan perlumbaan di bawah sasaran masa 12 jam.

Walau bagaimanapun, beliau tetap berusaha bagi menghabiskan perlumbaan bagi menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup yang baik dan cergas. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN