BATU PAHAT – Dua mangsa rentung dalam kebakaran rumah di Lorong Hajah Aminah, Kampung Parit Raja, di sini awal pagi tadi dikenal pasti sebagai ibu dan anak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamim Mohamed Salikin berkata, mangsa dikenali sebagai Jamilah Bebe Abdul Rahman, 63, dan Abdul Rahim Abdul Muthaliff,36.
Katanya, mangsa ditemui dalam dua bilik berasingan dalam keadaan meniarap, kebakaran dikatakan bermula dari bahagian belakang rumah namun siasatan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
“Siasatan juga mendapati hanya dua beranak tinggal di dalam rumah ini dan mereka dipercayai bekerja di sebuah premis di Parit Raja,” katanya ketika dihubungi.














