KUALA PILAH – Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh termasuk meneliti aspek keselamatan dan pengurusan sekolah susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga dalam kejadian di Kuala Kangsar, Perak.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, siasatan itu dilakukan bagi memastikan setiap aspek berkaitan kejadian berkenaan diberikan perhatian sewajarnya.
“Kementerian bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terus memastikan keluarga Allahyarham menerima bantuan dan sokongan psikososial yang diperlukan khususnya mereka yang masih bersekolah.
“Saya meminta semua pihak merujuk kepada kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia. Saya juga berharap agar semua pihak mengamalkan pelaporan beretika dan bertanggungjawab mengenai insiden ini.
“Hormati perasaan dan privasi keluarga Allahyarham serta elakkan sebarang spekulasi,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook, di sini, hari ini.














