Allahyarham Ngah Itam (gambar kecil).

Mati diserang harimau: Banyak kesan gigitan di leher mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Lelaki Orang Asli yang dipercayai maut akibat serangan harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai di sini semalam mengalami kecederaan teruk dibahagian leher akibat digigit binatang buas itu.

Tok Batin Kampung Orang Asli Bawong, Jefri D Abas mendakwa, mayat Allahyarham Ngah Itam ditemui oleh penduduk kampung yang mencarinya.

“Apa yang saya tahu daripada rakan-rakan, leher mangsa paling teruk, banyak kesan gigitan,” katanya di Masjid An-Nur Hidayatul Muttaqin, Kampung Orang Asli Bawong di sini hari ini.

Katanya, sepanjang 13 tahun menjadi Tok Batin di kampung itu, kejadian itu merupakan pertama yang berlaku melibatkan serangan harimau terhadap penduduk.

“Penduduk kampung ini lebih 500 orang. Sebahagian besar sumber pendapatan hampir 90 mencari hasil-hasil daripada hutan seperti buluh dan kelapa sawit dan getah di hutan.

“Rutin setiap pagi penduduk selain hutan terletak hanya kira-kira satu kilometer daripada kediaman mereka,” katanya.

Jelasnya, harimau tersebut mungkin terpaksa keluar daripada habitat asalnya di hutan tebal kerana kekurangan babi dan kijang sebagai makanan asasinya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan memohon Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak meletakkan perangkap harimau di kawasan hutan Lata Serai supaya haiwan itu dapat ditangkap.

Kesavan turut menasihatkan penduduk kampung supaya berhenti sementara ke kawasan hutan itu sehingga dipastikan selamat oleh pihak berwajib.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN