Dr. Dzulkefly ketika Program Perikatan Penyelidikan Universiti Asia (AURA) di Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 di Putrajaya hari ini.

KKM tunggu laporan penuh kematian pelajar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu laporan penuh berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan awal sebaik menerima maklumat lengkap berhubung kes berkenaan.

“Saya belum mendapat maklumat penuh berhubung perkara itu. Kami akan memberikan kenyataan awal secepat mungkin,” katanya selepas Program Perikatan Penyelidikan Universiti Asia (AURA) di Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 di sini, hari ini.

Mengulas sama ada kes berkenaan mempunyai kaitan dengan isu kesihatan mental, beliau berkata, pihaknya belum dapat mengulas lanjut sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan.

“Saya tidak boleh mengulas perkara itu sehingga menerima laporan lengkap berhubung kes berkenaan,” katanya.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan seorang pelajar Tingkatan Tiga ditemukan maut di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN