Kesemua tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dan pecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi, awal bulan ini. Foto oleh MASTURAH SURADI

Tiga didakwa bersubahat, pecah masuk premis pajak gadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang wanita dan dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan pecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi, awal bulan ini.

Nor Zeelyza Mohd Mohely, 41, pengurus Norzai Asman Ahmad Saru, 39, dan Nasaruddin Mahabod, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Mengikut pertuduhan, Nor Zeelyza yang juga merupakan seorang pengurus didakwa bersubahat dengan Norzai Asman dan Nasaruddin dengan melakukan pecah rumah sebuah kedai emas milik syarikat Ar-Rahnu Koperasi Perbadanan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) cawangan Kota Tinggi di Jalan Tun Sri Lanang, di sini dengan niat mencuri barang kemas dan wang tunai premis berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu disebuah warung di Jalan Abdullah, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 5 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Norzai Asman dan Nasaruddin pula didakwa melakukan pecah masuk premis sama dengan niat mencuri barang kemas dan wang tunai milik premis berkenaan, kira-kira pukul 1.20 pagi, 6 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN