Gambar hiasan.

Menteri Besar letak jawatan, 10 bekas Exco tarik balik saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dibatalkan pelantikan perlu membayar kos berjumlah RM48,000 selepas mereka menarik balik saman pemula terhadap kerajaan negeri dan dua pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan plaintif membayar kos RM20,000 masing-masing kepada defendan pertama, Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan, defendan kedua, Kerajaan Negeri Sembilan RM20,000 serta defendan ketiga, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) RM8,000.

Mahkamah turut membenarkan penarikan balik keseluruhan tindakan saman pemula berkenaan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Keputusan itu dibuat ketika prosiding pengurusan kes yang berlangsung secara sidang video.

Roz Mawar sebelum membuat keputusan berkata, mahkamah tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu menarik balik tindakan yang difailkan, namun pihak yang memulakan prosiding perlu bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.

Untuk rekod, saman pemula itu difailkan oleh 10 Exco pada 5 Oktober lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Sepuluh plaintif terbabit ialah Datuk Mohd. Faizal Ramli (ADUN Linggi), Datuk Zaifulbahri Idrisi (ADUN Chembong), Datuk Mustapha Nagoor (ADUN Palong), Siow Kong Choon (ADUN Chennah) dan Siti Nur Umaira Hasim (ADUN Labu).

Turut terlibat ialah Datuk Mohd Asna Amin (ADUN Lenggeng), Datuk Mohd Razi Mohd Ali (ADUN Sungai Lui), Suhaimizan Bizar (ADUN Gemencheh), Mohd Fairuz Mohd Isa (ADUN Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN