Salah sebutir bom yang ditemui di kawasan pulau berkenaan.

Dua bom lama hampir 1 tan berjaya dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua butir bom udara lama (Aerial Bomb) seberat 1,000 paun (453.3 kilogram) setiap satu yang ditemukan di kawasan tepi pantai Pulau Belembangan, Sabah berjaya dimusnahkan dalam operasi selama dua hari.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Logistik dan Teknologi Sabah, operasi pemusnahan bahan letupan yang belum meletup (UXO) itu dilaksanakan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bermula Isnin lalu.

“Operasi berkenaan melibatkan 16 anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan 12 pegawai rendah polis daripada Cawangan Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Sabah serta Cawangan C.B.R.N.E Zon 2 Sabah.

“Tindakan pemusnahan dilakukan secara berperingkat berikutan faktor pasang surut air laut selain keadaan persekitaran yang memerlukan penelitian rapi terhadap aspek keselamatan,”kata hantaran itu..

Menurut hantaran itu, hasil tindakan yang dilaksanakan, kedua-dua UXO berjaya dimusnahkan sepenuhnya tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

“Kejayaan operasi ini mencerminkan komitmen, kecekapan dan profesionalisme pasukan UPB Kontinjen Sabah dalam melaksanakan tanggungjawab demi memastikan keselamatan masyarakat serta persekitaran sentiasa terpelihara,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN