Wai Kian menunjukkan pagar zink yang musnah akibat serangan gajah liar di Kampung Rengai, Lipis semalam.

‘Tak sangka kebun sendiri kena’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Serangan gajah liar yang berlarutan lebih sebulan di Kampung Rengai, di sini, bukan sahaja memusnahkan tanaman penduduk, malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pekebun jika terserempak haiwan berkenaan.

Kejadian terbaharu berlaku pukul 1 pagi semalam apabila gajah liar itu merosakkan kebun durian, memusnahkan zink, nanas dan menterbalikkan tong air.

Pemilik kebun, Chin Wai Kian, 46, berkata, ia merupakan kejadian kedua di kebunnya dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Sebelum ini kebun orang lain diserang dan pagi ini (semalam) kebun saya pula jadi sasaran. Haiwan liar itu turut memusnahkan kebun sawit, getah dan tanaman buah-buahan milik penduduk.

“Sejak serangan gajah berlaku, kami semakin takut untuk masuk ke kebun kerana bimbang terse­rempak dengan haiwan ber­kenaan. Jika nampak kesan tapak kaki, memang kami patah balik,” katanya ketika ditemui di Kampung Rengai di sini semalam.

Menurut Wai Kian, lebih 20 pekebun di kampung tersebut bimbang dengan ancaman gajah liar itu menyebabkan mereka bimbang untuk melakukan kerja di kebun.

Tambahnya, dia berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera termasuk memindahkan gajah liar berkenaan ke habitat asal bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Sementara itu, seorang pekerja kebun dikenali sebagai Di, 35, berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi bising ketika sedang tidur di bangsal kayu yang disediakan majikannya kira-kira pukul 1 pagi.

Katanya, bunyi berkenaan dipercayai datang daripada gajah yang merosakkan tanaman serta menterbalikkan tong air berhampiran bangsal tempat dia berehat.

“Saya sangat takut kerana bunyi itu terlalu dekat dengan bangsal tempat saya tidur. Saya hanya mampu berdoa supaya gajah itu tidak datang menghampiri bangsal.

“Saya tidak pasti berapa ba­nyak yang datang, tetapi percaya jumlahnya lebih daripada seekor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN