JULUNG kali diadakan, festival muzik Ultra Kalcer Malaysia (UKM) 2026 yang berlangsung selama dua hari d KL Festival Park berjaya membekas dalam ingatan setiap yang hadir. Menyatukan muzik serumpun, Malaysia dan Indonesia, acara tersebut juga menjadi ruang penghibur negara jiran menzahirkan permohonan maaf atas isu jerebu akibat pembakaran hutan di Kalimantan yang berlarutan baru-baru ini.

Daripada KD hingga ‘koplo’, UKM2026 satukan peminat serumpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUKAR ‘‘move on’. Itu frasa tepat yang boleh digambarkan buat semua peminat yang hadir ke festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia (UKM) 2026 pada 7 dan 8 November lalu.

Meski acara sudah berlabuh hampir seminggu, UKM2026 masih menjadi bualan ramai malah diangkat sebagai satu daripada penganjuran festival muzik terbaik tahun ini.

Hakikatnya, jika diimbau semula, UKM2026 sebelum ini sempat dihambat dengan kritikan termasuk ancaman boikot oleh segelintir pihak apabila dikatakan lebih mengangkat pemuzik dari Indonesia berbanding anak tempatan.

Semua itu bagaimanapun meleset apabila acara anjuran Neptunes Presents tersebut berjaya menghimpunkan lebih 12,000 penonton dalam tempoh dua hari penganjuran.

DIVA Indonesia, Kris Dayanti menjadi tarikan pada malam pertama UKM2026.

Hari pertama

Hari pertama, pentas dibuka dengan sesi ‘pemanasan badan’ menerusi persembahan bertenaga daripada barisan artis seperti Citykops, Good Morning Everyone, The Alif, dan penyanyi Indonesia bersuara alto, Danilla Riyadi.

Senja di Kuala Lumpur pada hari itu menjadi istimewa apabila 7,000 penonton dihiburkan penghibur ternama Indonesia, Kris Dayanti dengan lagu-lagu popularnya seperti Jika Kau Tak Datang, Rembulan (Semesta), Pilihlah Aku, Menghitung Hari, Mencintaimu, Cahaya, Penasaran dan I’m Sorry Goodbye.

Ternyata, kehadirannya memenuhi hasrat Nabila Huda selaku penganjur yang mengimpikan untuk melihat Kris Dayanti membuat persembahan pada festival muzik di sini.

“Saya gembira berada pada UKM2026, festival yang menyediakan muzik generasi muda sedangkan saya hadir dari zaman berbeza.

“Tapi, saya semakin yakin melihat muzik yang dilahirkan dan dikaryakan dari hati. Insya-Allah muzik akan terus hidup dalam jiwa setiap generasi.

BERADA di pentas UKM2026, vokalis Lomba Sihir, Natasha Udu menghiburkan peminat dengan seleksi hits seperti Hati &
Paru-Paru, Nirlaba,
Di Seberang dan Ribuan Memori.

“Semoga UKM2026 yang kali pertama dianjurkan ini akan berterusan, lebih sukses dan menjadi jambatan perpaduan dua negara,” katanya.

Dia juga sempat memohon maaf atas isu jerebu yang menyelubungi Malaysia baru-baru ini berpunca daripada kebakaran di Kalimantan.

Malam pertama UKM2026 terus dimeriahkan dengan kemunculan band meningkat naik, Fugo yang turut menampilkan segmen istimewa bersama Datuk Francisca Peters dan Fynn Jamal.

Dalam persembahan selama satu jam, mereka menyampaikan lagu seperti Lagu Balada Kala Hujan, Salleh Wakeup!, Moon & The Sun (feat Bil Musa), As Long As We Stay (ft Heidi Moru), Suci Mahsuri dan Pentas Sandiwara.

Persembahan diteruskan dengan lagu Izinkan Aku (ft Francissca) dan Some Other Day (ft Fynn Jamal) dengan mengetengahkan konsep seperti segmen penyampaian berita era 1990-an.

Kemeriahan diteruskan dengan kemunculan Sal Priadi yang mempersembahkan lagu seperti Semua Lagu Cinta, Dalam Diam, Ada Titik-Titik Di Ujung Doa, Kita Usahakan Rumah Itu, Dari Planet Lain dan Irama Laot Teduh.

Kehangatan pentas utama terus memuncak dengan kemunculan paling dinanti-nantikan iaitu Baskara Putra atau Hindia.

Mengetengahkan isu sosio-politik dalam karya-karyanya, Hindia meledakkan adrenalin penonton menerusi seleksi lagu Evaluasi, Cincin, Kids, Kita Ke Sana, Bayangkan Jika Kita Tidak Menyerah, Nafas, Berdansalah Karir Ini Tak Ada Artinya dan Everything U Are.

Tirai malam pertama seterusnya diakhiri dengan alunan vokal Pamungkas yang menyampaikan lagu-lagu hits seperti Putus, Adam, Berapa Kali Kita Akan Saling Memaafkan dan Risalah Hati.

Sama seperti Kris Dayanti, Pamungkas juga sempat memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai isu jerebu sebelum menutup persembahan lewat malam itu dengan dendangan Monolog, To The Bone, dan Kenangan Manis.

KURANG sihat, namun Naykilla tetap memberi persembahan bertenaga sepanjang

Hari kedua

Energi berterusan, hari terakhir UKM2026 bermula pada waktu sama dengan pentas dibuka oleh DJ Belia Benci Club, Okirama dan kumpulan kegilaan anak muda hari ini, Dukes.

Tidak berlama-lama, pentas seterusnya diambil Biru Baru iaitu band yang berasal dari Tangerang, Indonesia dengan mendendangkan lagu popular mereka seperti Baangka, Hitung Mundur, Kira Cari Waktu Lain dan Kalah Lagi.

Festival muzik pelbagai generasi, UKM2026 seterusnya membawa kumpulan Rumah Sakit yang merupakan antara band indie senior di Indonesia sebelum pentas ‘dirampas’ kumpulan kegilaan ramai ketika ini, Barasuara.

Meski hujan turun lebat, lebih 6,000 penonton tidak berganjak menyaksikan persembahan kumpulan yang popular dengan lagu Pancarona, Etalase dan Terbuang Dalam Waktu yang juga merupakan runut bunyi filem Sore: Isteri Dari Masa Depan.

Biarpun hujan, malam kedua terus memanas tatkala Naykilla, si ratu genre ‘hipdut’ tampil di pentas.

Walau kurang sihat, Naykilla mampu membuatkan ribuan penonton bergelek dan menari di dalam hujan menerusi dendangan lagu popularnya, So Asu, Garam & Madu, MMG dan Kasih Aba-Aba. Sesekali, penonton bersorak apabila Naykilla tampil berani bergelek seksi di pentas UKM2026.

Tutup tirai dengan gabungan genre dangdut dan hip hop, kumpulan Lomba Sihir muncul memuncakkan lagi hormon adrenalin penonton dengan persembahan penuh bertenaga menerusi lagu popular mereka seperti Hati & Paru-Paru, Nirrlaba, Di Seberang dan Ribuan Memori.

Menariknya kali ini, band asal Jakarta itu turut menyampaikan beberapa mesej ‘panas’ mengenai isu pembakaran hutan di Kalimantan sepanjang persembahan mereka.

HINDIA yang muncul pada malam pertama menjadi penghibur yang paling dinantikan pengunjung UKM2026.

Antaranya termasuklah ‘punya hutan rimba belantara, dibakar bebas yang berkuasa’ dan ‘kalian (Malaysia) tidak sepatutnya dapat asap yang dicetuskan kerajaan kami (Indonesia)’.

Malam kedua tidak terhenti di situ, jiwa penonton seterusnya dibuai dengan persembahan Romantic Echoes yang terkenal dengan fesyen persis drakula.

Gaung Romantis, Yang Tercinta, Tentang Bunga dan PDML antara lagu didendangkan kumpulan yang pernah tampil di beberapa festival muzik di sini sejak beberapa tahun kebelakangan termasuk Latihan Pestapora Malaysia dan Nyala Fest.

Kemuncak sekali gus menjadi penutup persembahan paling ‘havoc’ pastinya apabila trio DJ Feel Koplo mengambil alih pentas.

Sepanjang persembahan penutup selama 40 minit, Feel Koplo membuatkan semua bergoyang dengan seleksi lagu ‘remix’ pelbagai genre.
UKM2026 boleh dianggap berjaya, namun kelak, pemilihan penghiburnya baik dari Malaysia mahupun Indonesia haruslah seimbang dan terlibat tidak berat sebelah.

KALI pertama diadakan di Malaysia, UKM2026 menjadi satu aras yang boleh dibanggakan namun harus seimbang dari pemilihan artis.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN