Tangkap layar video orang awam mengekori kenderaan suspek di Jelai yang tular di media sosial.

Pemandu acah tunjuk parang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang lelaki yang mengacukan sebilah parang ketika memandu di kawasan Felda Jelai, Gemas, di sini, berjaya ditahan semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, semakan mendapati polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari semalam.

“Hasil risikan dan maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tampin telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan. Dia akan direman mulai hari ini,” katanya.

Semalam, tular kejadian membabitkan individu mengacukan senjata tajam di kawasan Gemas, selain dakwaan suspek membaling parang ke arah seorang individu yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bukit Rokan.

Video mangsa mengejar kenderaan suspek di Jelai turut tular di media sosial.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN