DR. Fie menafikan hidupnya dibebani hutang sebagaimana didakwa bekas suami.

‘Kahwin semula bukan sebab harta’ – Dr. Fie nafi berhutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menyangkal dakwaan kononnya hidup memikul beban hutang, pempengaruh media sosial popular, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq atau Dr. Fie bertegas memiliki kestabilan kehidupan dan kedudukan kewangan hasil kerja keras dalam pelbagai lapangan yang diceburinya, termasuk sebagai doktor gigi, pengusaha klinik, pencipta kandungan digital serta duta jenama.

Dr. Fie, 36, membuat pengakuan terbuka menjawab pertanyaan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dalam episod Paparazzi Podcast yang turut menampilkan suaminya, Amarul Nizar Anuar atau Kapten Amrul.

Menurut Dr. Fie, pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan ketika bertugas sebagai doktor kerajaan tidak mencukupi untuk membolehkannya memiliki aset bernilai tinggi seperti rumah.

Bagaimanapun, sumber pendapatan tambahan menerusi perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan membolehkannya menikmati pendapatan lebih lumayan.

“Kalau saya gaji doktor RM4,000 lebih, memang tak lepas pinjaman rumah. Mestilah kalau berniaga, pendapatan lebih tinggi daripada gaji doktor.

“Secara kasarnya lima angka,” katanya sebelum dicelah Amrul yang mendedahkan pendapatan isterinya boleh mencecah lima hingga enam angka.

Dr. Fie bagaimanapun berseloroh enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatan kerana tidak mahu perkara itu menjadi perhatian umum.

Malah, katanya, dia sendiri tidak mengetahui angka tepat pendapatan kerana menyerahkan urusan kewangan kepada akauntan yang dilantik.

Amrul turut menafikan dakwaan isterinya mempunyai masalah kewangan atau rekod hutang yang buruk, malah mendedahkan pernah membuat semakan latar belakang kewangan Dr. Fie menerusi sistem CTOS sebelum mereka berkahwin.

“Dia mana ada hutang. Hutang dia cuma hutang kereta dan rumah, itu perkara biasa.

“Bukan hutang yang dalam rekod CTOS tulis ‘poor’, dia masih dalam keadaan ‘fair’ ke atas,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata, dia sudah membina kehidupan dan kedudukan kewangan sendiri selepas berpisah daripada perkahwinan terdahulu, termasuk memiliki rumah serta kereta sebelum bertemu jodoh dengan Amrul.

“Alhamdulillah, selepas saya berpisah, saya mula semula. Saya beli rumah, saya beli kereta dan saya sudah ada semua benda yang saya rasa saya nak. Sebenarnya saya boleh sahaja hidup bersendirian.

“Jadi, apabila berkahwin semula, bukan sebab harta sangat pun. Saya lebih perlukan kasih sayang dan persefahaman,” katanya yang berpisah dengan bekas suami, penyanyi, Nubhan, akhir tahun lalu.

D. Fie dan Amrul sah bergelar suami isteri pada 1 November lalu pada majlis pernikahan di Seremban, Negeri Sembilan. – MEDIA MULIA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN