Mujibu (gambar kecil) berkata, keputusan berkenaan memperlihatkan perubahan pendirian politik yang signifikan, selain pengiktirafan terhadap keperluan menghormati kedudukan dan tertib pemerintahan beraja.

Peluang cerah selesai kemelut istana Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Keputusan Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik surat yang dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja disifatkan sebagai perkembangan positif dan langkah penting ke arah meredakan kemelut membabitkan institusi diraja serta perlembagaan negeri itu.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Mujibu Abd Muis berkata, keputusan berkenaan memperlihatkan perubahan pendirian politik yang signifikan, selain pengiktirafan terhadap keperluan menghormati kedudukan dan tertib pemerintahan beraja.

Menurutnya, langkah itu juga boleh dilihat sebagai usaha political de-escalation atau meredakan ketegangan konflik politik dan institusi yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

“Pada asasnya, keputusan ini memperlihatkan satu perubahan pendirian politik yang signifikan. Justeru, saya lihat penarikan balik surat tersebut boleh dianggap sebagai pengiktirafan terhadap keperluan untuk kembali menghormati kedudukan dan tertib pemerintahan beraja sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mujibu berkata, keputusan itu tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh kepada kemelut berkenaan berikutan masih terdapat beberapa persoalan yang perlu ditangani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN