ANWAR (kanan) dan Johari ketika menghadiri Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-47 yang bertemakan “Parliaments Securing a Peaceful, Prosperous, and People-centred ASEAN” di Manila semalam. - IHSAN FACEBOOK DATUK JOHARI ABDUL

Reformasi Parlimen Malaysia perkukuh kebebasan badan perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Reformasi Parlimen Malaysia melibatkan pemindahan kuasa pentadbiran daripada Perdana Menteri serta kerajaan kepada Parlimen dan Speakernya sekali gus memperkukuh kebebasan badan perundangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen sebagai reformasi besar yang melibatkan kesediaan pihak eksekutif melepaskan kuasa ke atas pentadbiran Parlimen.

“Akta Perkhidmatan Parlimen membawa maksud bahawa kuasa yang sebelum ini berada di tangan Perdana Menteri dan kerajaan diserahkan kepada Dewan Rakyat,” katanya pada majlis makan malam yang diadakan sempena lawatan kerja beliau ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini malam ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Anwar juga berkata, kepentingan reformasi tidak selalu dihargai sepenuhnya, dan ramai pemimpin enggan melepaskan kuasa sedemikian.

Beliau berkata, reformasi itu telah dibincangkan selama 30 hingga 40 tahun, dan menegaskan bahawa mereka yang memegang jawatan tinggi perlu sentiasa terbuka kepada sebarang pertanyaan.

Makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Manila itu turut diserikan dengan persembahan oleh kanak-kanak Malaysia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN