Bungkusan 2,000 pil kuda yang berjaya dirampas pihak polis di hadapan tandas Lapang Sasar Rantau Manis di sini, semalam. Foto IHSAN POLIS

2,000 pil yaba dalam raga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran mengundang padah apabila dia ditahan bersama 2,000 biji pil kuda bernilai RM20,000 dalam Op Tapis di hadapan tandas Lapang Sasar Rantau Manis di sini, semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan terhadap motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru itu menemukan plastik hitam di dalam raga motosikal berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan beberapa bungkusan plastik berisi 2,000 biji pil disyaki yaba dengan berat keseluruhan kira-kira 200 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat serta mengesan sumber bekalan dadah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN