Poster dimuat naik pada Facebook Anwar susulan keputusan PRN Melaka ke-16 malam ini.

PRN Melaka: Tahniah BN, semoga amanah ini digalas – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, beliau berharap mandat yang diberikan rakyat negeri itu dapat diterjemah dengan penuh tanggungjawab.

“Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

“Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengucapkan penghargaan kepada semua pengundi selain jentera dan calon PH yang bertanding pada PRN Melaka kali ini.

“Penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi, serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN