Gambar hiasan

[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Aspirasi ‘Melaka Rumah Kita’ makin hilang bayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gagasan dan manifesto ‘Melaka Rumah Kita’ yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dilihat semakin tenggelam dan gagal memikat hati majoriti pengundi negeri ini susulan prestasi hambar gabungan itu dalam pengiraan undi tidak rasmi malam ini.

Berdasarkan perkembangan semasa kiraan tidak rasmi bagi kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH hanya mendahului di empat kerusi, jauh ketinggalan di belakang gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai 24 kerusi.

Daripada jumlah tersebut, BN mendahului di 21 kerusi DUN manakala PN berada di hadapan di tiga kerusi, sekali gus meletakkan gabungan berkenaan pada landasan selesa untuk membentuk kerajaan negeri Melaka.

Prestasi semasa itu memberi tamparan hebat kepada kempen PH yang sebelum ini memperkenalkan gagasan Melaka Rumah Kita lengkap dengan tiga teras utama dan 12 aspirasi sebagai tawaran manifesto bagi merampas kembali pentadbiran negeri.

Malah, hasrat gabungan itu untuk menawan semula kerusi-kerusi tradisi milik PKR dan Parti Amanah Negara dilihat tidak kesampaian apabila kelebihan undi PH hanya tertumpu di kawasan kubu kuat bandar milik DAP seperti Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Di kerusi luar bandar dan pinggir bandar, calon-calon PH ketinggalan dengan jurang undi yang besar, antaranya N02 Tanjung Bidara, N03 Ayer Limau dan N05 Taboh Naning. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN